page managing migraine hero

TINGGALKAN KERUMITAN MIGRAIN

Terdapat banyak perkara-perkara yang boleh menyebabkan atau mencetuskan serangan migrain. Beberapa pencetus yang biasa termasuk: 5,6

  • rasa tertekan/stress
  • makanan tertentu
  • penggunaan ubat secara berlebihan
  • jadual tidur yang tidak teratur
  • rangsangan cahaya atau bau seperti lampu terang atau berkelip dan bau yang kuat

Sebaik sahaja pencetus dikenalpasti, orang yang hidup dengan migrain mula menggunakan strategi untuk mengatasinya.

What coping strategies do people with migraine use

Apakah strategi yang digunakan oleh orang yang mengalami migrain?

Orang yang mengalami migrain tahu bahawa mereka boleh merancang kehidupan, tetapi mereka tidak boleh merancang bila serangan migrain akan berlaku. Itulah sebabnya orang yang mengalami migrain mempunyai senarai strategi yang mereka gunakan untuk mencegah atau meredakan gejala-gejala serangan.

Berikut adalah beberapa strategi yang biasa digunakan untuk mengatasi migrain:

Managing Stress

Menguruskan stres

Walaupun kami berharap stres adalah sesuatu yang boleh kami abaikan, ia bukan selalu boleh berlaku. Tetapi terdapat cara-cara untuk mengurus dan mengurangkannya, seperti mengutamakan perkara yang anda mahu lakukan, menjadualkan masa untuk diri sendiri dan menyampaikan kehendak dan keperluan anda.2

Getting Enough Sleep

Mendapatkan tidur yang mencukupi

Tidak mendapat tidur yang berkualiti boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan juga merupakan salah satu pencetus serangan migrain yang paling biasa.8 Jika anda telah menerima diagnosis migrain, lakukan apa yang anda boleh untuk mendapatkan tidur berkualiti yang secukupnya.

Managing Medication

Menguruskan ubat-ubatan

Anda mungkin telah banyak mengambil ubat-ubatan dan menerima rawatan holistik. Tetapi kadangkala, ubat-ubatan boleh memberi kesan sebaliknya. Penggunaan ubat-ubatan yang kerap untuk melegakan kesakitan migrain kadangkala boleh menyebabkan sakit kepala akibat penggunaan ubat-ubatan berlebihan atau kesan sampingan yang lain.6

Addressing Mental Health

Menangani Kesihatan Mental

Migrain boleh menjejaskan emosi dan ia bermakna anda juga lebih cenderung untuk mengalami kemurungan dan kebimbangan. Berbual dengan doktor anda tentang sebarang masalah kesihatan mental yang anda mungkin alami.9

Eating Right

Cara pemakanan yang betul

Migrain secara amnya sensitif kepada diet dan sesetengah bahan pemakanan, seperti coklat, kacang, alkohol dan lain-lain boleh dianggap mencetuskan serangan migrain. Diari makanan boleh membantu dalam mengenalpasti pencetus di kalangan pesakit individu.5,10

Exercise Regularly

Kerap Bersenam

Senaman yang kerap boleh membantu sesetengah orang mengurangkan kekerapan serangan migrain. Senaman fizikal juga telah terbukti dapat meningkatkan harga diri dan boleh mengurangkan gejala-gejala migrain yang teruk.11

Buat temujanji untuk berjumpa dengan doktor anda.
Doktor anda mungkin boleh membantu. Gunakan panduan ini
sebagai cara untuk memulakan semula perbincangan.

TERUSKAN PERBUALAN DI SINI

Rujukan: 1. Lipton R. What to do when migraine treatment fails. American Headache Society. Akses Januari 30, 2023. https://americanheadachesociety.org/news/what-to-do-when-treatment-fails/. 2. Burch R. Preventive Migraine Treatment. Continuum (Minneap Minn). 2021;27(5):1494-1495. 3. Moreno-Ajona D, Chan C, Villar-Martinez MD, Goadsby PJ. Targeting CGRP and 5-HT1F receptors for the acute therapy of migraine: A literature review. Headache. 2019l;59 Suppl 2:3-19. 4. Gilmore B, Michael M. Treatment of acute migraine headache. Am Fam Phys. 2011;83(3):271-280. 5. Diamond M, Marcus D. Diet and headache control. American Migraine Foundation. Dikemaskini Mei 2008. Akses Januari 30, 2023. https://americanmigrainefoundation.org/resource-library/diet/. 6. Mayo Clinic. Migraine symptoms and causes. Akses Januari 31, 2023. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/migraine-headache/symptoms-causes/syc-20360201. 7. Goadsby P. Stress and Migraine. American Migraine Foundation. Diterbitkan pada Mac 16, 2017. Akses Januari 30, 2023. https://americanmigrainefoundation.org/resource-library/stress-migraine/. 8. Negro A, Seidel JL, Houben T, et al. Acute sleep deprivation enhances susceptibility to the migraine substrate cortical spreading depolarization. J Headache Pain. 2020;21(1):86. 9. Meissner M. The evidence connecting migraine and mental health. Medical News Today. Diterbitkan pada Februari 25, 2021. Akses Januari 31, 2023. https://www.medicalnewstoday.com/articles/evidence-connecting-migraine-and-mental-health. 10. Association of Migraine Disorders. Triggers of Migraine. Akses Januari 31, 2023. https://www.migrainedisorders.org/migraine-disorders/migraine-triggers/. 11. Amin FM, Aristeidou S, Baraldi C, et al. The association between migraine and physical exercise. J Headache Pain. 2018;19(1):83.