JANGAN
BIARKAN
MIGRAIN
MENGUASAI
HIDUP ANDA
SEMAK SAMA ADA
UBAT MIGRAIN
ANDA MEMENUHI
KEPERLUAN ANDA
PP-NNT-MYS-0371-04JUN2025
MEMAHAMI RAWATAN AKUT DAN
PENCEGAHAN UNTUK MIGRAIN
APAKAH ITU MIGRAIN?
Migrain ialah sejenis sakit kepala yang dicirikan oleh serangan berulang dengan tahap kesakitan sederhana hingga teruk, berbentuk denyutan pada satu bahagian kepala.1
Rawatan Migrain Merangkumi¹
Rawatan akut
Ubat akut, atau ubat untuk menghentikan serangan migrain diambil sebaik sahaja gejala bermula untuk melegakan kesakitan dan memulihkan keupayaan berfungsi.1
Rawatan Pencegahan
Rawatan pencegahan diambil setiap hari untuk mengurangkan keparahan serangan migrain yang akan datang atau mencegahnya daripada berlaku.1
Apakah langkah gaya hidup yang boleh membantu mengawal migrain anda?
Beberapa langkah gaya hidup boleh membantu mengurangkan atau mencegah serangan migrain, seperti:1,2
Pengurusan Stres
- Senaman
- Teknik Relaksasi
- Bio maklum balas
(Kaedah ini menggunakan peranti elektronik untuk membantu anda belajar mengawal fungsi tubuh tertentu)
Log Pencetus Migrain
- Membantu anda mengenal pasti perkara yang perlu dielakkan, seperti makanan atau ubat tertentu.
- Ia juga membantu anda mengekalkan jadual tidur yang konsisten dan waktu makan teratur.
- Minum air secukupnya.
Terapi Hormon
- Terapi ini boleh membantu wanita yang mengalami migrain berkaitan dengan kitaran haid.
Pengurusan Obesiti
- Penurunan berat badan mungkin dapat membantu mengurangkan migrain.
Ambil langkah untuk mengawal migrain anda dengan berbincang tentang pilihan rawatan bersama petugas kesihatan anda. Memahami pilihan ini membantu anda mengurus keadaan dengan lebih baik.
Acute treatment section
Bolehkah serangan
migrain dirawat?
Serangan migrain boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat akut.³
Apakah jenis ubat akut untuk migrain?
Ubat akut tergolong dalam beberapa kumpulan utama, termasuk analgesics, ergotamines, dan triptans. Sebahagian daripadanya boleh didapati tanpa preskripsi, manakala yang lain memerlukan preskripsi doktor.3
Analgesics3
- Ubat penahan sakit yang bukan spesifik.
- Boleh diberikan secara bersendirian atau digabungkan dengan rawatan lain.
- Penggunaan ubat ini secara kerap atau harian boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lebih teruk.
- Contohnya termasuk aspirin, naproxen sodium, ibuprofen, dan acetaminophen.
Ergotamine³
- Mungkin berfungsi pada beberapa laluan migrain yang berbeza.
- Mungkin diberikan bersama ubat lain.
Triptans3
- Rawatan migrain yang lebih spesifik.
- Pesakit melaporkan kesan yang lebih baik apabila ubat diambil pada peringkat awal serangan migrain.
- Contohnya termasuk sumatriptan.
Gepants4,5
- Ubat ini menyasarkan CGRP, yang terlibat dalam kesakitan akibat migrain.
- Tersedia dalam bentuk tablet larut di dalam mulut.
- Mempunyai kesan sampingan yang lebih rendah berbanding banyak rawatan lain.
- Contohnya termasuk rimegepant.
Preventive treatment section
Adakah migrain boleh dicegah?
Migrain tidak boleh sembuh sepenuhnya, tetapi rawatan pencegahan boleh membantu mengurangkan kekerapan, keparahan dan tempoh serangan migrain, serta menjadikan rawatan akut lebih berkesan.4
Apakah jenis rawatan pencegahan untuk migrain?
Terdapat beberapa jenis rawatan pencegahan untuk migrain. Sebahagian daripadanya juga mempunyai kegunaan lain, seperti merawat tekanan darah tinggi, sawan serta kebimbangan/kemurungan.4
Anti-CGRP monoclonal antibodies4
- Ia menyasarkan Calcitonin Gene-Related Peptide (CGRP), faktor yang menyumbang kepada migrain.
- Ubat ini diberikan melalui suntikan.
- Kesan sampingan yang dialami biasanya lebih ringan berbanding kebanyakan rawatan lain.
- Antara contohnya ialah erenumab dan galcanezumab.
Gepants4,5
- Ia menyasarkan CGRP, faktor yang menyumbang kepada migrain.
- Gepants turut tersedia sebagai tablet yang larut di dalam mulut.
- Kesan sampingan yang dialami biasanya lebih ringan berbanding kebanyakan rawatan lain.
- Antara contohnya ialah rimegepant.
Suplemen, vitamin dan mineral4
- Kumpulan suplemen ini biasanya diterima dengan baik oleh kebanyakan individu.
- Keberkesanannya mungkin tidak setanding dengan rawatan preskripsi.
- Antara contohnya ialah magnesium oxide, vitamin B2, dan Feverfew.
Peranti neuromodulasi4
- Peranti neuromodulasi menggunakan arus elektrik atau magnet untuk mempengaruhi cara otak berfungsi.
- Sesetengah peranti diluluskan untuk kedua-dua rawatan akut dan pencegahan migrain.
Pilihan-pilihan lain4
- Ubat tekanan darah tinggi jenis beta blocker (seperti atenolol) ialah pendekatan lama untuk mencegah migrain.
- Ubat anti-sawan seperti topiramate dan sodium valproate, sama berkesan dengan kumpulan ubat sebelumnya.
- Ubat kemurungan seperti amitriptyline. Sesetengah ubat ini boleh menyebabkan pertambahan berat badan.
- Neurotoxin (OnabotulinumtoxinA) boleh digunakan untuk rawatan pencegahan migrain kronik.
1. Migraine(2024) Ninds.nih.gov. Diperolehi daripada: https://www.ninds.nih.gov/health-information/disorders/migraine (Diakses pada 28 Ogos 2024).
2. Migraine(2021) MedlinePlus.gov. Diperolehi daripada: https://medlineplus.gov/migraine.html (Diakses pada 26 Ogos 2024).
3. COMMONLY USED ACUTE MIGRAINE TREATMENTS (2016) Americanmigrainefoundation.org. Diperolehi daripada: https://americanmigrainefoundation.org/resource-library/acute-migraine-treatments/ (Diakses pada 26 Ogos 2024).
4. MigrainePrevention 101: What It Is, When To Use It and Why (2023) Americanmigrainefoundation.org. Diperolehi daripada: https://americanmigrainefoundation.org/resource-library/migraine-prevention-101/ (Diakses pada 26 Ogos 2024).
5. RissardoJP, Caprara ALF. Gepants for Acute and Preventive Migraine Treatment: A Narrative Review. Brain Sci. 2022;12(12):1612. Diterbitkan 2022 Nov 24.
Imbas kod ini untuk maklumat lanjut tentang migrain.
Bahan ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja. Maklumat yang diberikan adalah untuk rujukan umum dan tidak boleh menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional. Untuk diagnosis dan rawatan migrain yang tepat, sila berjumpa dengan petugas kesihatan.
ADAKAH UBAT MIGRAIN
SAYA BERKESAN?
Jawab soal selidik ini untuk
mengetahui jawapannya¹
SEJAUH MANA KEBERKESANAN UBAT MIGRAIN ANDA?
Jika anda menjawab “Tidak” untuk satu atau lebih soalan di atas, anda perlu berbincang dengan doktor tentang rawatan anda.¹
ADAKAH ANDA MENCARI SUMBER MAKLUMAT YANG BOLEH DIPERCAYAI TENTANG MIGRAIN ANDA?
Banyak maklumat di internet mungkin tidak tepat atau sudah tidak dikemas kini.
Untuk maklumat lebih lanjut dan perkembangan terbaru tentang migrain, pastikan anda rujuk sumber yang dipercayai. Klik di bawah untuk maklumat lanjut.
Imbas kod ini untuk maklumat lanjut tentang migrain.
Bahan ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja. Maklumat yang diberikan adalah untuk rujukan umum dan tidak boleh menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional. Untuk diagnosis dan rawatan migrain yang tepat, sila berjumpa dengan petugas kesihatan.
1. COMMONLY USED ACUTE MIGRAINE TREATMENTS (2016) Americanmigrainefoundation.org. Diperolehi daripada: https://americanmigrainefoundation.org/resource-library/acute-migraine-treatments/ (Diakses pada 1 September 2024).
2. Migraine (2024) Ninds.nih.gov. Diperolehi daripada: https://www.ninds.nih.gov/health-information/disorders/migraine (Diakses pada 2 September 2024).
3. Migraine (2021) Americanmigrainefoundation.org. Diperolehi daripada: https://americanmigrainefoundation.org/resource-library/what-is-migraine/.
4. American Headache Society. (2025, Ogos 4). Migraine Quick Guides. Diperolehi daripada: https://americanheadachesociety.org/resources/primary-care/migraine-quick-guides (Diakses pada 22 Ogos 2025).
5. Migraine Awareness Month (tiada tarikh) Ihs-headache.org. Diperolehi daripada: https://ihs-headache.org/en/resources/migraine-awareness-month/ (Diakses pada 2 September 2024).